Majlis Berkhatan

|



Pada 28 November 2009 telah diadakan Majlis Berkhatan beramai-ramai. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hassan. Sesungguhnya majlis ini melibatkan beberapa pihak iaitu Ranting PBB Punang Jaya, Surau As-Syakirin, SK Punang dan Pihak Bomba dan Penyelamat. Pada majlis tersebut, YB Datuk Amat turut sama-sama dalam majlis marhaban dan menepung tawar kesemua murid yang akan berkhatan.

Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, majlis berkhatan diadakan pada 30 November bertempat di kelas Pra Sekolah SK Punang. Pada hari pertama (hari perasmian) seramai 4 orang murid telah dikhatan di rumah Saudara Matzine Hj Awg Lair. Pada Hari Isnin pula seramai 21 orang telah dikhatan. Majlis selesai pada jam 5 petang. Sambutan yang amat menggalakkan ini menunjukkan keprihatinan pelbagai pihak untuk sama-sama menjayakan majlis. Sehinggakan pada hari kedua majlis berkhatan (Isnin) masih ada pendaftaran baru. Mujurlah diluluskan oleh pegawai kesihatan.

By haziq on 12/02/2009. Filed under . Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

Tiada ulasan:

Leave a Reply