BPIEF dijadi acara tahunan sebagai tanggungjawab sosial korporat
28 Mac 2010 | Posted by OM
KUCHING: Borneo Post komited untuk menjadikan The Borneo Post International Education Fair (BPIEF) satu acara tahunan sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab social korporat bagi membantu para pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.Penasihat BPIEF Phyllis Wong berkata, pihaknya bersedia untuk menjelajah ke bandar-bandar lain di negeri Sabah dan Sarawak dalam usaha membantu pelajar dan ibu bapa, khasnya dalam melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
“BPIEF untuk tahun 2011 dan tahun-tahun akan dating dalam agenda, bukan sahaja diadakan di Sarawak bahkan juga di Sabah,” katanya ketika berucap di majlis perasmian The Borneo Post International Education Fair (BPIEF) 2010 di Dewan Pameran Permata di sini, semalam.
Pameran selama tiga hari, bermula semalam dirasmikan Menteri Muda (Sumber Manusia dan Latihan) merangkap Penaung BPIEF Datin Fatimah Abdullah.
Turut hadiri pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani dan pengerusi Yayasan Sarawak Datuk Amar Adenan Satem.
Wong turut mengalu-alukan, khasnya lepasan sekolah dan mereka yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi supaya mengunjugi pameran berkenaan.
“BPIEF menjadi satu platform yang hebat untuk membantu mereka yang berminat dalam memilih kursus bagi menentukan kerjaya pilihan mereka.
“Malah dengan pembabitan seramai lebih 70 institusi, kolej dan universiti tempatan dan luar negara, para pelajar dan ibu bapa boleh mendapatkan nasihat dan maklumat seperti kemudahan, bayaran, biasiswa dan banyak lagi untuk mereka,” tegas beliau.
Sementara itu, pengerusi Penganjur BPIEF 2010 Dorge Rajah dalam ucapannya menyifatkan BPIEF sebagai platform sempurna untuk para pelajar, ibu bapa dan guru kerana menghimpunkan pelbagai kursus serta tawaran lain.
“Kita turut berbesar hati dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyokong BPIEF ini dalam usaha kita membantu para pelajar, khususnya yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.
Jelasnya, BPIEF amat komited membantu kerajaan negeri dalam bidang pendidikan di negeri ini.
Beliau turut melahirkan penghargaan kepada para pempamer yang turut serta dalam pameran yang dianjurkan, yang terdiri daripada dalam dan luar negara.
Pameran yang bermula semalam sehingga Ahad ini merupakan anjuran bersama The Borneo Post dan Borneo International Expo Sdn Bhd yang diadakan di Dewan Pameran Permata bermula pada jam 10 pagi hingga 8.30 malam.
Pameran turut menyaksikan sebanyak 70 ruang pameran yang terdiri daripada Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Jepun, People’s Republic of China, Britain, Switzerland, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.
Gambar atas: Fatimah melawat ruang pameran KTS Group yang turut serta dalam BPIEF selepas majlis perasmian yang turut diiringi Wong (kanan). — Gambar Jeffery Mostapa
Utusan Borneo
March 27, 2010, Saturday
By OM
on 3/28/2010. Filed under
Selepas SPM
.
Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response
Related Posts : Selepas SPM
Tiada ulasan: