Ke Mana Selepas SPM?

|

Ke Mana arah selepas SPM?
Minggu ini baru sahaja diumumkan keputusan perperiksaan SPM dan kita ucapkan tahniah kepada anak-anak penduduk Lawas yang cemerlang dalam perperiksaan. Kecemerlangan ini bukan datang sendiri tetapi atas usaha yang tidak mengenal penat. Saya merujuk kepada warga Lawas yang bertebaran di serata dunia baik di Malaysia maupun jauh di Kanada.

Kita juga berharap, Education Fare yang dianjurkan di merata tempat baru-baru ini pasti memberi rujukan yang amat baik kepada sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Kepada ibu-bapa semua janganlah lepaskan peluang seperti ini kerana di sinilah informasi yang amat berguna untuk anak-anak kitani.

Pihak sekolah juga jangan lalai memberi penerangan tentang peluang melanjutkan pelajaran bukan sahaja kepada murid tetapi juga kepada ibu-bapa. Harus diingat bahwa masyarakat kitani masih belum begitu tahu tentang ada banyaknya institusi pengajian tinggi.

Ada banyak institusi yang yang menawarkan pengajian lepasan SPM di Negara kita, daripada pengimpal hingga menjadi pilot. Contohnya GGIFA di Bintulu dan Yayasan Sarawak bersama Hornbill Skyways masing-masing menawarkan lesen memandu kapalterbang dan helicopter.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan serendah 3 kredit menawarkan kursus Diploma sebelum melanjutkan pengajian keperingkat sarjana. Di Sarawak, UTM diwakili oleh TWINTECH College Sarawak. (layari: http://www.twintechsarawak.edu.my/)

UiTM adalah sebuah university yang menawarkan pelbagai kursus bermula dari peringkat diploma hingga kedoktoran (falsafah). UiTM sepatutnya adalah pilihan kita bukan sahaja universiti ini mempunyai standard yang baik dan credible tetapi juga punya yuran yang murah. (http://www.uitm.edu.my/)

Falsafah Pendidikan Negara:Pendidikan di Malaysia adalah satu proses yang berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan dari segi harmonis, intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Lain lain Universiti dan boleh adalah seperti berikut
University Teknologi Malaysia
Asia e-University (AeU)
Advance Tertiary College (ACT)
Akademi Laut Malaysia (ALAM)
KBU International College
Imperia Institute of Technology
Asia Pacific University College of Technology & Innovation (UCTI)
Kolej TAFE Seremban
KPJ International College of Nursing & Health Science
Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU)
MAHSA University College
Management & Science University (MSU)/ PTPL College
Masterskill University College of Health Science
Nilai University College
University Industri Selangor (UNISEL)

By OM on 3/14/2010. Filed under . Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

Tiada ulasan:

Leave a Reply