Disiplin anak-anak, ibu bapa jangan salahkan sekolah

|

MIRI: Masyarakat khasnya ibu bapa jangan terlalu cepat melatah menyalahkan sekolah terhadap masalah-masalah disiplin anak-anak mereka.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui memberitahu, masyarakat seharusnya bersikap rasional dan membuat siasatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan dan tindakan.

“Saya percaya, pengetua bertanggungjawab dan mahukan sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik serta kondusif.

“Cuma kadangkala maslaah disiplin berlaku tanpa diduga dan sebagai ibu bapa keikhlasan pengetua mengurus sekolah perlu dilihat dari sisi yang positif,” jelas beliau merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Dato Permaisuri kali ke-33 semalam.

Chin yang diwakili oleh Setiausaha Politiknya, Sebastian Ting dalam teks ucapannya menasihatkan ibu bapa dan guru menghindari perbalahan kerana tidak mendapatkan keuntungan kepada mereka.

Beliau menambah kata, pendidik seharusnya mewujudkan tanggapan positif terhadap diri dan kerjayanya kerana masyarakat akan membuat tanggapan terhadap guru berasaskan cara mereka berfikir, berpakaian, berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar, ibu bapa dan masyarakat

Tentang pendidikan, Chin yang juga Ahli Parlimen Miri memberitahu, pendidikan merupakan keutamaan dalam pembangunan negara dan mahu rakyat mendapat akses pendidikan berkualiti untuk melahirkan generasi berilmu, berfikiran kreatif, berinova-tif, bercirikan nilai murni serta mempu bersaing.

Kerajaan katanya telah menawarkan tawaran baru kepada pengetua dan guru besar dengan ganjaran berasaskan pencapaian sekolah.

Sebanyak 20 buah sekolah terdiri dari 10 sekolah asrama penuh, empat sekolah harian biasa dan enam sekolah rendah di seluruh negara telah dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

“Kerajaan telah menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua perancangan ini akan diimplimentasikan dalam tempoh tiga tahun sebelum penamat 2012,” ujarnya.

Menurut Chin, selain akademik, aspek kemanu-siaan juga perlu diterapkan dalam diri pelajar untuk pembentukan sahsiah yang se- imbang.

Ibu bapa dan masyarakat hendaklah membuka minda dan mengemaskinikan pengetahuan sedia ada sambil meneruskan usaha untuk melahirkan anak-anak diri yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi juga berakhlakmulia, berhemah tinggi dan disegani pada peringkat dunia. Beliau amat menghargai jasa guru memartabatkan profesion mereka dan membantu kerajaan melahirkan modal insan yang berkualiti serta berjiwa patriotik.

Sebastian turut meng-umumkan sumbangan geran dari Chin berjumlah RM5,000 kepada PIBG sekolah ber-kenaan.

Hadir sama ialah Pengetua Piel Adeng dan Yang Dipertua PIBG Mustapha Anggot.



Posted on October 3, 2010, Sunday

By Tanpa Nama on 10/03/2010. Filed under . Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

Tiada ulasan:

Leave a Reply