Peratusan kelulusan BI masih rendah

|

KUCHING: Peratusan kelulusan subjek Bahasa Inggeris (BI) bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sarawak mas ih r endah namun masih mempunyai ruang untuk diperbaiki, kata Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.

Katanya ia hanya dapat diperbaiki sekiranya warga pendidik mempunyai empat asas yang dikehendaki rakyat iaitu pengetahuan yang meluas dalam pelbagai bidang, ‘pedalogical’ bunyi, kemahiran berkomunikasi, minat mengajar serta sayangkan anak-anak.

Oleh yang demikian, Persidangan Antarabangsa Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia ke-19 (MELTA) dilihat sebagai asas untuk membentuk tenaga pengajar yang berpotensi mengubah kecemerlangan murid-murid dalam subjek Bahasa Inggeris terutama dalam UPSR.

Perangkaan yang diperoleh daripada sumber yang dipercayai menunjukkan bahawa murid di Sarawak masih belum mampu mencapai tahap minimum iaitu gred C dalam UPSR.

“Peratusan kelulusan di Sarawak cuma 30.1 peratus pada 2008 dan 36.2 peratus pada tahun lepas dan ini perlu diperbaiki segera.

“Ia bakal dilakukan melalui transformasi pendidikan bahasa Inggeris iaitu implementasi visi dan inovasi yang mana strategi diatur untuk menitikberatkan tatabahasayang fokus kepada asas literasi serta modul melalui portal engkabang.net.

“engkabang.net mendekatkan jurang dalam kebolehan berkomunikasi bidang berkaitan bahasa Inggeris di luar bandar Sarawak dengan penggunaan ICT,” katanya kepada Utusan Borneo baru-baru ini.

Bukan itu sahaja katanya kita memerlukan tenaga pengajar yang juga fasih dalam berbahasa Inggeris sekiranya mahu melihat anak-anak kita fasih berbahasaInggeris dan mampu membuat sesi pengajaran lebih menyeronokkan buat mereka.

Beliau menyeru semua warga pendidik bekerja sebagai profesional dalam ilmu pengetahuan, latihan dan komited.

Tambah Fatimah lagi kini bahasa Inggeris turut diajar sebagai bahasa keduawajib di sekolah rendah dan menengah dan yang terbaru diperkenalkan di prasekolah.

Turut hadir adalah Presiden MELTA Dr Ganakumaran Subramaniam, Pengarah Pembangunan Bahagian Kokurikulum Kementer ian PelajaranMalaysia Ali Abdul Ghani dan Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak Dr Julaihi Bujang.


Borneo Post
by Henrietta Liza
June 19, 2010, Saturday

By Tanpa Nama on 6/21/2010. Filed under . Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

Tiada ulasan:

Leave a Reply